Peneroka Felda dilayan seperti gajah serkas sahaja
Beberapa tahun dahulu saya
menulis satu cerita yang bertajuk ‘gajah serkas'. Saya teringat hendak
menulisnya sekali lagi kerana ia amat bertepatan dengan apa yang telah
dilakukan oleh kerajaan terhadap peneroka Felda berhubung dengan pengapungan
sahamnya melalui FGVH pada 28hb Jun yang lalu. Tentulah saya akan tidak digemari
kerana mengaitkan cerita gajah serkas dengan peneroka Felda yang berjumlah
112,000 keluarga diseluruh negara.
Di dalam sesuatu serkas, gajah lah
haiwan yang paling penting dan jika tidak ada gajah serkas itu tidak dipanggil
serkas. Semasa serkas sampai ke lokasi
pertunjukan, gajah lah yang bekerja kuat untuk mengangkat besi-besi berat untuk
membina khemah yang begitu besar. Tanpa gajah premis serkas itu amat payah
untuk dibangunkan.
Apabila serkas itu berpindah
gajah hanya berjalan kaki ke lokasi baru jika lokasi setakat sepuluh atau dua
puluh kilometer jauhnya. Haiwan-haiwan lain seperti harimau dan singa akan
pergi ke lokasi baru menaiki lori dan pengangkutan berbagai jenis tanpa bersusah
payah berjalan kaki seperti gajah serkas itu.
Yang paling sedih kita melihatnya
ialah semasa makan. Gajah yang begitu kuat bekerja menggunakan tenaga yang
banyak hanya diberi makan rumput dan daun-daun tebu sahaja. Harimau dan singa
akan diberikan daging-daging lazat dan enak walaupun harimau dan singa tidak
menggunakan tenaga mereka seperti yang digunakan oleh gajah.
Apabila kita tengok nasib gajah
ini saya teringat pula kepada nasib yang menimpa peneroka Felda. Lima puluh tahun meneroka
hutan belantara Felda akhirnya menjadi agensi yang sangat besar. Felda sangat
berjaya sehinggakan banyak orang terutamanya yang tamak, melihat dan mengintai
Felda sebagai peluang untuk mendapat habuan diatas angin hasil titik peluh
peneroka selama ini.
Didalam penyenaraian Felda
melalui FGVH baru-baru ini, hanya 90 juta unit saham sahaja diperuntukan untuk
112 ribu peneroka seluruh nagara. Setelah dibahagi-bahagi sama banyak maka satu
keluarga peneroka hanya dapat 810 unit saham FGVH dengan harga RM4.55 sen.
Orang awam yang lain telah mendapat jutaan saham terutamanya dikalangan yang
penting dalam usaha untuk menyenaraikan Felda ini.
Jika peneroka yang mendapat 810
unit saham itu telah menjualnya sehari dua yang lalu untuk membayar balik
pinjaman mereka dari CIMB maka satu keluarga dapatlah keuntungan sebanyak lima atau enam ratus
ringgit, sedangkan orang lain yang telah diperuntukan jutaan saham telah
mendapat jutaan ringgit keuntungan dalam sekelip mata sahaja.
Mereka-mereka ini tidak pernah pun
menjejakkan kaki mereka ke tanah rancangan Felda. Mereka ini ibarat harimau dan
singa di dalam serkas yang mendapat segala yang enak-enak sedangkan peneroka
itu diibaratkan sebagai gajah serkas yang telah berhempas pulas tetapi hanya
mendapat rumput kering dan daun-daun tebu sahaja.
Mungkin itulah nasib jika kita
kurang maklumat. Cantik kata orang
cantik kata kita. Orang lain memakan nasinya yang sedap-sedap, peneroka
dapatlah kerak-kerak nasinya.
Orang lain mendapat lauknya yang
lazat-lazat peneroka hanya dapat kuahnya sahaja. Tetapi mungkin peneroka hanya
berpuas hati setakat menghirup kuahnya sahaja.
Ia lah! Kalau makan kuah kari ayam pun, kuah itu rasa ayam juga.
Kalau peneroka makan kuah daging
pun kuahnya itu rasa daging juga.
21 comments:
-
Dalam banyak2 penulisan berhubung penyenaraian Felda, saya rasa ini lah
satu2nya article yg best describe the actual going-ons tentang nasib
malang peneroka. Persembahannya plain n simple. Persons of any
intellectual standing can easily relate to the actual sad scenario.
-
Saudara AA,
The Felda settlers got a raw deal indeed! They will soon live to regret it.
Salam. Observer.
-
Kalau dah buat perumpamaan sebegini dan masih ada yang tak faham
juga,entahlah...... barangkali tekan kepala orang tu dalam mangkuk
tandas kemudian "flush".......mungkin kedunguan mereka itu boleh
diubati.
-
Setuju sgt perumpamaan aa, memang tepat sama sekali. Kpulnya kita kna
bijak spy kita tidak ditipu hidup2 oleh org yg brkpntingan. Tahniah
saudara aspan. Semoga tulisan anda mmberi keinsafan kpd semua rkyt
malaysia yg masih ada otak..
-
Whether they will soon left to regret is for us to see.Why being
negative.Most of the seats without will fall undet UMNO/BN.I would say
at least 90% of the seats for both DUN and Parliament will fall into
BN.What do you think of my predictions ? The FVGT listing as the major
factor, i think.
-
As salam Tuan AA.
Tetapi gajah Melayu ni dia tak nampak badan mereka (yang besar, berpengaruh dan gagah) kerana dilindungi oleh telinganya yang besar (dapat mengerjakan ladang 20 ekar). Sekarang ini pun gajah-gajah Melayu ni dah semakin kurus kerana dah tua, nyanyuk dan bodoh pulak tu. Padan muka... dahulu merekalah yang kuat menjadi penyokong UMNO hinggakan UMNO mendapat mandat untuk menghancurkan, mengkhianati, merompak dan merendahkan bangsa Melayu kerana diberi kuasa oleh kebanyakkan dari gajah-gajah serkas Melayu ini. Lihat di Pahang (Peneroka Felda paling ramai menyokong UMNO) apa istimewanya? Berbanding Kelantan, Perak dan Terengganu yang biasa menukar parti memerintah dah jauh lebih kehadapan, berbanding Pahang yang jauh ke hadapan dalam membuat hutang dan menekan rakyat dengan berbagai kenaikkan cukai. Pembangunan terlalu lambat kalau ada pun kerana nak penuhkan poket kroni. Tiada apa yang patut dan layak diucapkan kepada mereka (peneroka) ini, selain takziah dan padan muka.
-
Yep. This best describe the whole story. My heart goes out to all FELDA settlers. Dah jatuh ditendang pulak...
-
salam...
saya anak peneroka...jgan hina semua peneroka...bkan semuanya setuju dgan penyenaraian ni..bayangkanlah pakcik2 n makcik2 yg da tua...mane nak tau hal semasa..yg ada tv3,utusan etc...sebelah pihak je..saya sedih juge bile tgok di felda ayah saye hnya beberapa org darpada 300 org peneroka yg x stuju...saye dan adik beradik sya yg beri pnerangan dkat ayah..bkan sume warga felda pandai pasal internet..mereka d perbodohkan je..tp ALLAh swt tu MAHA ADIL kn...
-jgan hina kami-:(
-
Ramai orang luar tidak tahu atau keliru sebenarnya majoriti warga
peneroka dalam semua felda di Malaysia adalah penyokong tegar dan ahli
UMNO Baru. Merekalah yang terloncat-loncat seperti beruk terkena belacan
ketika Mohd. Najib mengumumkan durian runtuh tempohari.
Sebagai ahli parti yang setia, mereka mesti menyokong apa saja cadangan dari presiden parti mereka walau pun mereka tahu menyerahkan hak milik tanah kepada FGVH akan menjadikan mereka sebagai pengemis ditanah sendiri.
Saham sudah disenaraikan dan masaalah untung rugi sudah termaktub dalam perjanjian jual beli saham. Orang luar tidak perlu bersusah payah nak memberi peringatan lagi kepada warga peneroka. Nasi dah nak jadi bubur.... Mereka punya tanah maka mereka punya pasallah nak untung atau nak rugi dalam permainan saham yang diperkenalkan oleh Isa dan Mohd. Najib.
Apa yang kita dapat mengajar orang bodoh sombong jadi pandai ?
-
Mai kita ramai ramai turun padang pada 14 july ini.
Kapada pemimpin PAS dan ahli ahlinya tolong adakanperjumpaan ini dengan penoh sopan dan aman.Banyak agen provokoter yang akan membuat rusohan untok membuatkan oang Marah kapada PAS.
Jangan cuba jadi hero macam Berseh3.Tolong Bro.
Dengar kata Tengku Razaligh akan turut ama berucap.Wah hebat?
-
kita kena faham tahap pemikiran peneroka felda yang mampu hanya untuk
jangka pendek saja .Mereka tak akan faham listing yang mereka nampak
ialah duit yang sikit yang digula2kan olih Najib .Sekarang ni ramai dah
jual saham dan ramai dah malu nak jumpa orang lain jadi inilah masanya
pembangkang bolih masuk jarum.Jadi listing itu ialah talian hayat untuk
pembangkang menangguk difelda ,ha ha ha ...
Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE
BalasPadamSaya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE