Isnin, 29 Oktober 2012

PROJEK BAIK SG TENGI OLEH MB DISAYANGI

SHAH ALAM 30 OKT : Kerajaan Negeri memperuntukan tanah seluas 50 ekar bagi Projek Perumahan Generasi Baru Felda di Sungai Tengi Selatan, Hulu Bernam yang dimulakan awal tahun depan.Pengerusi Sekretariat Task Force Felda Selangor, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, buat permulaan sebanyak 200 unit rumah mampu milik untuk generasi Felda akan dibina bagi fasa pertama.
Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima permohonan dari lebih 500 keluarga Felda untuk memiliki rumah mampu milik tersebut.“Kita mengalu-alukan komitmen Kerajaan Negeri yang bersetuju menyediakan tanah seluas 50 ekar sepertimana diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tujuan itu,” katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau berkata, selepas fasa pertama selesai perancangan bagi fasa seterusnya akan dibuat bagi menampung permintaan pemohon Felda yang lain kerana keluasan 50 ekar tanah tersebut dijangka mampu memenuhi permohonan lain.

“Projek Perumahan Generasi Baru Felda ini melibatkan empat kawasan Felda iaitu Sungai Tengi, Sungai Tengi Selatan, Gedangsa dan Suharto. Semua anak-anak peneroka Felda dalam Gugusan Sungai Dusun yang merangkumi empat kawasan Felda ini layak memohon.“Mereka layak memohon dan tidak terikat dengan kawasan Felda kerana kita berhadapan dengan masalah tanah Seperti Felda Gedangsa yang tidak
mempunyai tanah yang luas untuk perumahan generasi baru. Sebab itu kita gunakan tanah di Felda Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan,” katanya.
Shamsul Iskandar yang juga Ketua AMK Pusat berkata, beberapa majlis dialog diadakan antara Task Force dan pemohon bagi mencari jalan penyelesaian mengenai beberapa aspek termasuk konsep dan harga rumah.

Katanya, cadangan asal harga rumah di dalam anggaran RM60,000 ke RM70,000.“Hasil daripada majlis dialog itu, kita keluarkan beberapa anggaran harga dan sebagainya. Ada pandangan daripada Exco Kerajaan Negeri supaya harga asal itu dipertimbangkan semula agar ia tidak memberikan beban yang besar
kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan pembinaan,” katanya.

Jumaat, 19 Oktober 2012

ARTIKEL TEPAT GAMBARKAN NASIB PENEROKA FELDA

Peneroka Felda dilayan seperti gajah serkas sahaja

Beberapa tahun dahulu saya menulis satu cerita yang bertajuk ‘gajah serkas'. Saya teringat hendak menulisnya sekali lagi kerana ia amat bertepatan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap peneroka Felda berhubung dengan pengapungan sahamnya melalui FGVH pada 28hb Jun yang lalu. Tentulah saya akan tidak digemari kerana mengaitkan cerita gajah serkas dengan peneroka Felda yang berjumlah 112,000 keluarga diseluruh negara.
Di dalam sesuatu serkas, gajah lah haiwan yang paling penting dan jika tidak ada gajah serkas itu tidak dipanggil serkas.  Semasa serkas sampai ke lokasi pertunjukan, gajah lah yang bekerja kuat untuk mengangkat besi-besi berat untuk membina khemah yang begitu besar. Tanpa gajah premis serkas itu amat payah untuk dibangunkan.
Apabila serkas itu berpindah gajah hanya berjalan kaki ke lokasi baru jika lokasi setakat sepuluh atau dua puluh kilometer jauhnya. Haiwan-haiwan lain seperti harimau dan singa akan pergi ke lokasi baru menaiki lori dan pengangkutan berbagai jenis tanpa bersusah payah berjalan kaki seperti gajah serkas itu. 
Yang paling sedih kita melihatnya ialah semasa makan. Gajah yang begitu kuat bekerja menggunakan tenaga yang banyak hanya diberi makan rumput dan daun-daun tebu sahaja. Harimau dan singa akan diberikan daging-daging lazat dan enak walaupun harimau dan singa tidak menggunakan tenaga mereka seperti yang digunakan oleh gajah.
Apabila kita tengok nasib gajah ini saya teringat pula kepada nasib yang menimpa peneroka Felda. Lima puluh tahun meneroka hutan belantara Felda akhirnya menjadi agensi yang sangat besar. Felda sangat berjaya sehinggakan banyak orang terutamanya yang tamak, melihat dan mengintai Felda sebagai peluang untuk mendapat habuan diatas angin hasil titik peluh peneroka selama ini.   
Didalam penyenaraian Felda melalui FGVH baru-baru ini, hanya 90 juta unit saham sahaja diperuntukan untuk 112 ribu peneroka seluruh nagara. Setelah dibahagi-bahagi sama banyak maka satu keluarga peneroka hanya dapat 810 unit saham FGVH dengan harga RM4.55 sen. Orang awam yang lain telah mendapat jutaan saham terutamanya dikalangan yang penting dalam usaha untuk menyenaraikan Felda ini.
Jika peneroka yang mendapat 810 unit saham itu telah menjualnya sehari dua yang lalu untuk membayar balik pinjaman mereka dari CIMB maka satu keluarga dapatlah keuntungan sebanyak lima atau enam ratus ringgit, sedangkan orang lain yang telah diperuntukan jutaan saham telah mendapat jutaan ringgit keuntungan dalam sekelip mata sahaja.
Mereka-mereka ini tidak pernah pun menjejakkan kaki mereka ke tanah rancangan Felda. Mereka ini ibarat harimau dan singa di dalam serkas yang mendapat segala yang enak-enak sedangkan peneroka itu diibaratkan sebagai gajah serkas yang telah berhempas pulas tetapi hanya mendapat rumput kering dan daun-daun tebu sahaja.    
Mungkin itulah nasib jika kita kurang maklumat.  Cantik kata orang cantik kata kita. Orang lain memakan nasinya yang sedap-sedap, peneroka dapatlah kerak-kerak nasinya.
Orang lain mendapat lauknya yang lazat-lazat peneroka hanya dapat kuahnya sahaja. Tetapi mungkin peneroka hanya berpuas hati setakat menghirup kuahnya sahaja.  Ia lah! Kalau makan kuah kari ayam pun, kuah itu rasa ayam juga.
Kalau peneroka makan kuah daging pun kuahnya itu rasa daging juga.                                                                                      

21 comments:

Adlan said...
Dalam banyak2 penulisan berhubung penyenaraian Felda, saya rasa ini lah satu2nya article yg best describe the actual going-ons tentang nasib malang peneroka. Persembahannya plain n simple. Persons of any intellectual standing can easily relate to the actual sad scenario.
Anonymous said...
Saudara AA,

The Felda settlers got a raw deal indeed! They will soon live to regret it.

Salam. Observer.
Anonymous said...
Kalau dah buat perumpamaan sebegini dan masih ada yang tak faham juga,entahlah...... barangkali tekan kepala orang tu dalam mangkuk tandas kemudian "flush".......mungkin kedunguan mereka itu boleh diubati.
Anonymous said...
Setuju sgt perumpamaan aa, memang tepat sama sekali. Kpulnya kita kna bijak spy kita tidak ditipu hidup2 oleh org yg brkpntingan. Tahniah saudara aspan. Semoga tulisan anda mmberi keinsafan kpd semua rkyt malaysia yg masih ada otak..
Anonymous said...
Whether they will soon left to regret is for us to see.Why being negative.Most of the seats without will fall undet UMNO/BN.I would say at least 90% of the seats for both DUN and Parliament will fall into BN.What do you think of my predictions ? The FVGT listing as the major factor, i think.
Alam Flora said...
As salam Tuan AA.
Tetapi gajah Melayu ni dia tak nampak badan mereka (yang besar, berpengaruh dan gagah) kerana dilindungi oleh telinganya yang besar (dapat mengerjakan ladang 20 ekar). Sekarang ini pun gajah-gajah Melayu ni dah semakin kurus kerana dah tua, nyanyuk dan bodoh pulak tu. Padan muka... dahulu merekalah yang kuat menjadi penyokong UMNO hinggakan UMNO mendapat mandat untuk menghancurkan, mengkhianati, merompak dan merendahkan bangsa Melayu kerana diberi kuasa oleh kebanyakkan dari gajah-gajah serkas Melayu ini. Lihat di Pahang (Peneroka Felda paling ramai menyokong UMNO) apa istimewanya? Berbanding Kelantan, Perak dan Terengganu yang biasa menukar parti memerintah dah jauh lebih kehadapan, berbanding Pahang yang jauh ke hadapan dalam membuat hutang dan menekan rakyat dengan berbagai kenaikkan cukai. Pembangunan terlalu lambat kalau ada pun kerana nak penuhkan poket kroni. Tiada apa yang patut dan layak diucapkan kepada mereka (peneroka) ini, selain takziah dan padan muka.
Anonymous said...
Yep. This best describe the whole story. My heart goes out to all FELDA settlers. Dah jatuh ditendang pulak...
Anonymous said...
salam...

saya anak peneroka...jgan hina semua peneroka...bkan semuanya setuju dgan penyenaraian ni..bayangkanlah pakcik2 n makcik2 yg da tua...mane nak tau hal semasa..yg ada tv3,utusan etc...sebelah pihak je..saya sedih juge bile tgok di felda ayah saye hnya beberapa org darpada 300 org peneroka yg x stuju...saye dan adik beradik sya yg beri pnerangan dkat ayah..bkan sume warga felda pandai pasal internet..mereka d perbodohkan je..tp ALLAh swt tu MAHA ADIL kn...

-jgan hina kami-:(
Anonymous said...
Ramai orang luar tidak tahu atau keliru sebenarnya majoriti warga peneroka dalam semua felda di Malaysia adalah penyokong tegar dan ahli UMNO Baru. Merekalah yang terloncat-loncat seperti beruk terkena belacan ketika Mohd. Najib mengumumkan durian runtuh tempohari.

Sebagai ahli parti yang setia, mereka mesti menyokong apa saja cadangan dari presiden parti mereka walau pun mereka tahu menyerahkan hak milik tanah kepada FGVH akan menjadikan mereka sebagai pengemis ditanah sendiri.

Saham sudah disenaraikan dan masaalah untung rugi sudah termaktub dalam perjanjian jual beli saham. Orang luar tidak perlu bersusah payah nak memberi peringatan lagi kepada warga peneroka. Nasi dah nak jadi bubur.... Mereka punya tanah maka mereka punya pasallah nak untung atau nak rugi dalam permainan saham yang diperkenalkan oleh Isa dan Mohd. Najib.

Apa yang kita dapat mengajar orang bodoh sombong jadi pandai ?
Intan said...
Mai kita ramai ramai turun padang pada 14 july ini.

Kapada pemimpin PAS dan ahli ahlinya tolong adakanperjumpaan ini dengan penoh sopan dan aman.Banyak agen provokoter yang akan membuat rusohan untok membuatkan oang Marah kapada PAS.

Jangan cuba jadi hero macam Berseh3.Tolong Bro.

Dengar kata Tengku Razaligh akan turut ama berucap.Wah hebat?
Anonymous said...
kita kena faham tahap pemikiran peneroka felda yang mampu hanya untuk jangka pendek saja .Mereka tak akan faham listing yang mereka nampak ialah duit yang sikit yang digula2kan olih Najib .Sekarang ni ramai dah jual saham dan ramai dah malu nak jumpa orang lain jadi inilah masanya pembangkang bolih masuk jarum.Jadi listing itu ialah talian hayat untuk pembangkang menangguk difelda ,ha ha ha ...

Isnin, 12 Mac 2012

PEJUANG ANAK FELDA MENAKUTKAN KERAJAAN NEGERI SABAH?

Tindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul. Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?

Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!

Saya di kawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.
Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.
Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.
Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.
Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll.

Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.

Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.

Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.

Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.
Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!

Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.
Himpunan 123
Pagi ini Himpunan 123 Bangkit di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam di layan begitu buruk oleh Musa Aman.

Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.

Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?



Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan Bn!



Apa salahnya di bawa masuk wakil2 Ngo dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?



Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?



Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan?



Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'



Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib di tumbangkan! ~harakahdaily