Isnin, 29 Oktober 2012

PROJEK BAIK SG TENGI OLEH MB DISAYANGI

SHAH ALAM 30 OKT : Kerajaan Negeri memperuntukan tanah seluas 50 ekar bagi Projek Perumahan Generasi Baru Felda di Sungai Tengi Selatan, Hulu Bernam yang dimulakan awal tahun depan.Pengerusi Sekretariat Task Force Felda Selangor, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, buat permulaan sebanyak 200 unit rumah mampu milik untuk generasi Felda akan dibina bagi fasa pertama.
Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima permohonan dari lebih 500 keluarga Felda untuk memiliki rumah mampu milik tersebut.“Kita mengalu-alukan komitmen Kerajaan Negeri yang bersetuju menyediakan tanah seluas 50 ekar sepertimana diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tujuan itu,” katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau berkata, selepas fasa pertama selesai perancangan bagi fasa seterusnya akan dibuat bagi menampung permintaan pemohon Felda yang lain kerana keluasan 50 ekar tanah tersebut dijangka mampu memenuhi permohonan lain.

“Projek Perumahan Generasi Baru Felda ini melibatkan empat kawasan Felda iaitu Sungai Tengi, Sungai Tengi Selatan, Gedangsa dan Suharto. Semua anak-anak peneroka Felda dalam Gugusan Sungai Dusun yang merangkumi empat kawasan Felda ini layak memohon.“Mereka layak memohon dan tidak terikat dengan kawasan Felda kerana kita berhadapan dengan masalah tanah Seperti Felda Gedangsa yang tidak
mempunyai tanah yang luas untuk perumahan generasi baru. Sebab itu kita gunakan tanah di Felda Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan,” katanya.
Shamsul Iskandar yang juga Ketua AMK Pusat berkata, beberapa majlis dialog diadakan antara Task Force dan pemohon bagi mencari jalan penyelesaian mengenai beberapa aspek termasuk konsep dan harga rumah.

Katanya, cadangan asal harga rumah di dalam anggaran RM60,000 ke RM70,000.“Hasil daripada majlis dialog itu, kita keluarkan beberapa anggaran harga dan sebagainya. Ada pandangan daripada Exco Kerajaan Negeri supaya harga asal itu dipertimbangkan semula agar ia tidak memberikan beban yang besar
kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan pembinaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan